ikan dilaut asam didarat dalam periuk bikin muafakat... hai blogger semua... jom bermuafakat ke masjid pada malam2 terakhir ramadhan....
ceh.ceh..ceh... nak shopping je keja nye... xpe2 kita shopping last day pose r ea.. jom ikot Mr menghayati malam2 terakhir Ramadhan... nama malam2 terakhir nie orang2 melayu gelar Malam Tujuh Liku... nak tau pe maksud nya?? malam yang paling mencabar bagi orang2 Islam sebab time2 gini r orang2 sedang sibuk melakukan persiapan raya...
dalam salah satu malam terakhir nie terselit satu malam yang telah dimuliakan oleh Allah swt. iaitu malam Lailatul kadar... malam yang dimana keadaan muka bumi nie sangat mendamaikan.... kerna turun nya para malaikat dan roh2 turun kebumi menatap anak cucu yang masih hidup... malam lailatul kadar nie di katakan malam yg lebih baik dari 1000 bulan... makna nya kalau kita mengerjakan ibadah boleh dikatakan ibadah yg dilakukan itu umpama 1000 bulan...
Mr kongsi sedikit info lagi untuk blogger yang dirahmati Allah swt.
Sabda Rasulullah SAW:
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).
Kombinasi hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
selamat menunaikan ibadah sepanjang pose..moga2 kita dipertemukan dengan malam Lailatul kadar...amin...
amin..
ReplyDeletesekarang nie semakin bersenang lenang plk ko main blog..mst dh mahir kan..heheh
ReplyDelete