Wednesday, August 24, 2011


Allahu Akbar  Allahu Akbar Allahu Akbar La Ilaha Illa-llah
Allahu Akbar  Allahu Akbar Allahu Akbar walillahi-lhamd.

salam Aidilfitri dari Mr. seisi keluarga... mohon maaf zahir dan batin, sekiranya terlebih dalam penulisan selama ini diharap pembaca2 blog nie sudi memaafi... semoga leraian kasih bertaut kembali... 

Aidilfitri hari kemaafan,
menghapus kesalahan sesama insan,
memupuk perpaduan sesama ehsan,
mengikat tali persaudaraan...

selamat hari raya Aidilfitri & hari merdeka
mohon maaf zahir dan batin....
 

Tuesday, August 23, 2011

penting...ponteng...

hellohaaaaaa... sudahbalakau...
pe yang penting pe yang ponteng??
penting tuk sume orang tau yang raya nak dekat... so persedian perlu disusun.. heheh..
bajet2 mcm ne dah siap? brape inggit nk gune?? sume2 tu... penting..penting... t dah beli baju raya tuk ayah n mak kat kampung tu..tetibe je lupa nk beli tiket balik kampung.. naya2... terpaksa tumpang lori ayam balk kampung..hahah...

ponteng plk adalh kes yang selalu belaku kat budak2 skolah sometime bende nie blaku jgk kat bdk yang baru start nk keja... ponteng keja/balaja gara2 nk panjangkan cuti...xcaya nanti kita tgk sama2 brapa ramai orang yang hadir ke pejabat/skolah last day sblom cuti bermula... so ni lh fenomena yang biase terjadi... jagan korang berasa hairan sudah..ini lh hakikat..hahaha...

ok sudahbalakau...

Monday, August 22, 2011

malam2 terakhir bersamamu...

ikan dilaut asam didarat dalam periuk bikin muafakat... hai blogger semua... jom bermuafakat ke masjid pada malam2 terakhir ramadhan....

ceh.ceh..ceh... nak shopping je keja nye... xpe2 kita shopping last day pose r ea.. jom ikot Mr menghayati malam2 terakhir Ramadhan... nama malam2 terakhir nie orang2 melayu gelar Malam Tujuh Liku... nak tau pe maksud nya?? malam yang paling mencabar bagi orang2 Islam sebab time2 gini r orang2 sedang sibuk melakukan persiapan raya...

dalam salah satu malam terakhir nie terselit satu malam yang telah dimuliakan oleh Allah swt. iaitu malam Lailatul kadar... malam yang dimana keadaan muka bumi nie sangat mendamaikan.... kerna turun nya para malaikat  dan roh2 turun kebumi menatap anak cucu yang masih hidup... malam lailatul kadar nie di katakan malam yg lebih baik dari 1000 bulan... makna nya kalau kita mengerjakan ibadah boleh dikatakan ibadah yg dilakukan itu umpama 1000 bulan...

Mr kongsi sedikit info lagi untuk blogger yang dirahmati Allah swt.

Sabda Rasulullah SAW:
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.


Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:  
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).
Kombinasi hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.

selamat menunaikan ibadah sepanjang pose..moga2 kita dipertemukan dengan malam Lailatul kadar...amin...

Ops sesak....

hai..hai..hai lover..lover Mr. diluar sana...
dh start shopping raya?? mmg susah sekarang nie kan nak g shopping raya... semua shopping mall, gedung2 sesak2 belaka pada hari cuti.... tu lah padah nya klau shop last2 minit... almaklum lah murah2 time2 last2 minit nie...haha.. tp bnyak pilihan ke??
mst banyak drama yang korg bley tgk time2 shopping last2 minit nie.. antaranya budak hilang, orang pengsan, berebut baju... menangis2.... dan macam2 lagi....
tp keadaan nie lah yang membuatkan Malaysia unik... orang2 puteh yang datang2 kat Jalan TAR terpegun dengan kesungguhan rakyat Malaysia menyambut ketibaan syawal.... <saya bangga menjadi rakyat malaysia>.. korang nak tau x kementerian pelancongan dah mengiktiraf bazar2 Ramadhan nie sebagai produk Malaysia... sy bangga bila berjalan2 kat Bazar2 ramadhan... memang seronok menjelang raya nie... meriah..meriah...meriah....

yang tak best nye time2 pergi nie xade satu pon benda yang berkenan... biasenya org2 yang berniaga nie akan mengeluarkan barang yang 1st class saat2 akhir Ramadhan.... so mari kita bershopping di saat2 akhir...hahahha....


Aloooha' sudahbahlakau....

good day's... cerah je hari... harap2 cerah sampai ke petang... bley r beriadah sikit mengoncang lemak2 yg gatal melekat nie... heheh
so blogger yg di sayangi Mr. berpose ke hari nie? weh jangan nak ponteng2 pose tau... pose tu wajib bagi org yg beriman... klau bulan pose nie pon x dpt nk pose bulan2 xpose lg r xlarat bnyak cobaan... so try2 lah berpose klau boley... bg yg xmampu xusah risau buat lh time termampu t... moga2 xde hutang pose time pose tahun depan....
so apa cite nie?? persediaan raya dah buat ke?? Mr hampir menyiapkan keperluan raya... rumah siap di renovate, anak buah selamat lahir, kueh raya siap tunjuk, tinggal cuci akuarium, cat ruang tamu sikit, basuh dapor, basuh keta, dan yg paling penting beli baju rayaaa...
tahun nie maybe beraya dengan spaghetti je kot... nak masak rendang xpandai... mak ayah adik kakak yg reti2 masak sume dh "melarikan diri" lepas raya baru blk...masak yg ringkas2 sudah... mcm kawan Mr. nie dy suwo google je resipi ne tau leh kalah Chef Wan ke...hahaha

so ari sabtu nie bermulanya program kemas rumah, cuci keta gan basuh dapor....ya bring it on babe...

Friday, August 19, 2011

Judy 360'

haloo...halooo... bloger yang sedang membaca tu...
ye2 kamu... mmg kamu tu... heheh... dex nmpak satria JDY360 <rase2 nye nie lh kot no plat kate dy>lalu td??
heheh.. klau de bagitau ea...hahahah

sebab Rindu kat Mamat yg drive keta tu..hahah.....
bukan pe gang2 Dorm 45 dulu..heheh.. baik org nye..
tanpa dia<cehceh..> aq akan kelihatan bodoh pada hari pertama masuk kolej....
hehehe.... budak nya kecik2.. pkai cermin mata... xsilap ank pengetua..heheh...
lame dh xtegur budak tu.. rapat pon time kat dorm45... pas masuk sem 2 tegur gitu2 je... masuk sem 3 lagi r tegur alakadar je... masuk sem 4 dia duk umah sewa lagi r haram nak bertegur..masuk sem 5 dia still de lg.. tgk pon semakin smart ye lah dh start main gym.... masuk plk sem 6 haram batang hidung xnampak...kata orang dia dh berhenti xlarat byk subjek sangkut... pastu gatal2 tangan msj mamat tu dy cakap dh pinjak kat MSU management cause katanya...ok lh all the best to my dear frew tu.. harap2 xbnyk main n xsangkut byk subjek lg...ok.. salam sayang dari Mr. Dwin Masril tuk blogger yang tersayang...tuk yang TercHinta selamat bercuti..hoho... 

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Ya Ramadhan..

Salam, dan selamat sejahtera...
hello blogger yang dikasihi moga2 mendapat manfaat semasa berblogging....
tadi terbaca tentang gambaran hari kiamat oleh seseorang di fb <>. Mr. rasa sahabat itu juga memperolehi maklumat itu dari sumber yang boleh dipercayai...

Mr. pon terasa bahan nie sesuai dijadikan entry tazkirah puasa.... antara yang disampaikan oleh sahabat itu ialah:

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya☞Apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

begitu lah gambaran keadaan kiamat.. mendengarkan nya sahaja sudah melemahkan jiwa... bagai mana pula hendak menghadapinya... Auzubillah...

Wednesday, August 17, 2011

Aku mEmang pencHinta Wanita.. buKAn Buaya...

Sawadikap kamplaikap...masuk kap....
heheh....selamat menjamu minda bersama Mr dalam Blog HEY MR.
ok nape plk lagu Irwanshah plk yang menjadi title dalam entry ari nie ea??
cube teka?? hadiah menarik menanti anda... <pakej percutian dalam blog Mr. selama hayat..heheh> menarik x??

ok entry nie pon ambik kat sini>


  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada. 

mst korang tertanya2 nape plk Mr nie... ske2 plk kopi susu blog org lain jadikan entry?? Mr. akan menjawab Benda baik harus lah dikongsi bersama... heheh...abios....

shop RAya...

hai semua blogger yang dikasihi..
semoga anda semua dilimpahi rahmat yang tidak terhingga.. dan berada dalam golongan yang berakhlak mulia...

semalam dah start kaum keluarga Mr. menyediakan persiapan beraya.. dan semalam kami keluar dari pukul 11 pagi hingga 7 petang semata2 nak beli kasut raya... <wow ada ka patut>
maklum lh yang membeli tu adik2 pompan Mr. naik tercabut jugak lah kepala lutut semalam..heheh

kalau ikotkan Mr. semalam akan membawa pulang sehelai baju raya... akan tertapi malang menimpa... xde saiz.. maklumlah badan dah kecik kne ambk saiz s... Mr. pon hairan nape saiz kecik tuk lelaki xde tp klau saiz kecik tuk pompan banyak berlambak2... adakah ini bermakna lelaki2 kat Mlaysia nie berbadan besar2??? hmmm...
ye lah kot.. tu lah Mr. sape suruh kecik kan badan..tengok xde saiz...huhuk.... xpe2 bukan nye xsempat pon.. raya lambat lagi kan... hehe.. sekarang Mr. nak cari baju2 yg berwarna Hijau sebab teringin nak pakai hijau..hahah.... sronok ko...

semalam Kawan Mr. En Mohd Hasif de teserempak kat Jalan TAR... xperasan plk.. bru tau time dy msj kata sombong r..huhuk... almaklum lah time2 tgh shopping xpandang orang dah... heheh... mata nie sibuk melirik2 barang2 yang cantik2 sekitar Jalan TAR.. so En Hasif maaf ea..heheh

macam2 telatah menarik sepanjang bershop semalam... antaranya akak Mr. menari lagu Run devil Run atas LRT... "abg, RM 17 xley ke?? bulan nie umo sy genap 17...bley r " smbil mengelipkan mata.. dialog adik Mr. gan abg jual kasut..... "Eh akak nie Yuna ea?" dialog orang yg tetiber terjah adik Mr dari dalam kedai....hahah
pastu msk sogo pulak.. Ya Allah ko kukuhkan lah bagunan Sogo nie... melampau2 org dalam sogo tu macam xhinggat... heheh.... balik plk dalam LRT tu Mr. mcm xtersabar nk berkongsi cerita gan adik2 tentang peristiwa perjalanan hari tu..hahah...sungguh menabjubkan...abios...

Monday, August 15, 2011

Angkat tangan kanan Godek2....

letih nye duk office hari nie...
habis punggung semua jd lepey... xde lh sexy lagi..huhuk...

patah 3 tulang Mr. klau mcm nie r gamak nye nk mengharungi 4 bulan praktikal nie... tolonggg lahhh!!! huhuk
tp nasib baik tinggal lg sebulan lebih... yes!!

so dh busan2 macam nie xde keja apa kata kita wat senaman sikit.... angkat tangan kanan godek2...turun tangan kanan duduk diam2... angkat tangan kiri godek2.. turun tangan kiri duduk diam2... heheh
wat senaman sikit tuk segarkan kembali badan nie.. maklum lh bulan pose satu body rase lemau...

ok semua ready kita akan mulakan senaman hari nie... ambik tempat masing2... pastikan anda berada di jarak yg selamat... heheh... mulakan dgn tarik nafas dalam2... tahan sebentar dan hembuskan.. ulang3 smpai rase lapang dada... then bru r wat move men yang ada suka... sronok kot klau wat senaman nie sama2 gan rakan kerja yang lain...heheh....1..2..3..sekali lg...

kan bersenam itu untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda... ayoh bersenam...

 
buatlah senaman yang bersesuaian dengan keadaan kamu sekarang... jangan r bersenam seperti ditaman sekiranya anda berada di pejabat...
nie lah dia teknik senaman dipejabat... xperlukan ruang yang besar... boleh lakukan senaman ini sambil duduk lagi...
 
bersenam lah untuk memupuk minda yang cerdas dan badan yang sihat... tiada istilah tak sempat atau xde masa bagi yang berkerja... Rakyat sihat negara maju... ok chaw dulu Mr. nk wat rengangan jap... see u next time babey...heheh

Wednesday, August 10, 2011

chiT-CHat propa....

hai blogger...
jangan marah tau klau Mr. letak widget ucapan raya kat bawah kiri nie... mood raye katakan...hahahha
alahai baru pose ke 11 dah terexcited dengan raya... poyooo nyahhh..hehehe
klau bley nak teraya juga time2 pose nie... mengalahkan orang anak buah Mr. yang manis2 nie..heheh

elaun tuk beraya dah dapat RM 200 sorang... ntah knape ayah taun nie beriya2 nak keluarkan modal beraya pon aq xtau... heheheh....rase2 nak beli baju ke x??? klau Mr. elok beli kueh berbalang2 letak dalam bilik bley makan2 dalam bilik..heheh

rase2 tahun nie duk rumah je lah jaga tetamu yang datang..hehe..
korang nak tau x raya tahun nie Mr. sambut agak berlainan sedikit.. sebab tahun nie beraya dgn orang baru, keadaan yang baru, dan gaya rumah yang baru... terexcited rasa nya bila terpikir tentang raya nie.. maklum lah tak lama lagi xdpt nak merasai kehangatan raya sebagai seorang pelajar...tp rasa2 bley dapat duit raya lagi x?? hmm.. still hoping...dosa tau klau xnak bagi..heheh


Sunday, August 7, 2011

BoOm!! terjat boboi...

hye semua...
                                                  
baru masuk minggu ke dua berpuasa sudah ada mangsa mercun... apa mereka nie xserik2 ke mendengar berita tenteng mangsa mercun nie... memang lah nak filling raya tapi berpatut ke raya sana sini berbalut, terkurang... 

time2 pose nie lah baru kita dapat rasa keadaan di Palestine... bom meletup sana sini.. kadang2 bingit telinga... bulan baik nie sepatutnya mereka lebih tertumpu ke masjid bukan nya bermain mercun..

masalahnya yang main mercun nie bukannya dari kalangan kanak2 dan remaja sahaja.. tetapi turut disertai oleh bapak budak.. yang tak baik nye siap ajar lagi cara nak bagi kuat bunyi meriam buluh tu... tak ke bawel si ayah..heheh
nanti bila dah meletup lari macam tak cukup tanah pula.. ye lah nak selamat kan diri... yang menjadi mangsanya orang2 yang lalu lalang disitu. pernah dengar tak kejadian stor menyimpan mercun meletup yang mengorbankan seorang budak... kes tu tidak dapat menyedarkan lagi orang ramai betapa bahaya nya bermain mercun... bukan tu sahaja.. kejadian kemalangan disebabkan mercun juga menjadi pekara wajib untuk setiap kali tibanya musim perayaan..

 
kalau bernasib baik masuk hospital je....
   

kalau bernasib baik lagi mungkin hanya hansur sikit anggota badan...

tapi yang macam nie korang nak ke??? xsempat beraya dengan keluarga... keluarga beraya dengan linangan air mata sebab anak nya mati kena mercun bukan nya mati sebagai perjuang negara....



kalau nak main jugak main lah bunga api ke pop2 ke... kan best.. tapi kalau main jangan halakan kan orang lain... kecian budak tu makan asap je..heheh...


kalau dah hilang anggota badan tu macam ne nak beraya seceria dan segirang Upin & Ipin...hehehhe

nite at JALAN T.A.R.

wah meriah2...
baru hari ke 8 pose jalan TAR meriah semalam....
semalam g jalan TAR bukan nak wat pe pon.. hantar baju kat abang ipar sambil jalan2..heheh
suasana memang meriah.. siap de wat promosi tudung siti lagi...


semalam de terdengar orang yang jual belon tu cakap malam tu sahaja dia berjaya menjual 300biji belon... memang laris lah belon dia malam tu...


jalan2 gan adik lagi sampai kat satu kedai tu de sorang kakak tu cakap..."adik2 masuk2 tengok baju kurung lawa2... model tu pakai dah lawa adik pakai mesti lagi lawa..."  kembang kempis idong adik Mr. kne puji..hahah.

barang2 kat jalan TAR memang banyak rambang mata tengok... tp Mr. dah plan nak shopping raya kat Danau je malam raya nanti sebab memang dah menjadi kebiasaan...

akak Mr. dari dalam kedai lagi dah merungut sampai pintu bilik dia sebab air tin milo orang jual RM3 kat jalan TAR tu...tp terpaksalah beli jugak untuk anak2 dia...

ada lagi cerita akak Mr. gara2 xpuas hati dia pon g beli air botol kat mesin alih2 mesin tu telan duit..botol jatuh tapi xkua..hahah... cian anak2 buah Mr....

minggu depan rase nak tolong abang ipar kat jalan TAR sebab dia kata xcukup orang... InsyaAllah...

Wednesday, August 3, 2011

perutusan Ramadhan....

Assalamualaikum blogger...
sebelum kita main2 propa... apa kata kita bagi ruang untuk bermukadimah pada bulan puasa nie...

“Kalaulah sekiranya umatku mengetahui apa yang ada di dalam bulan Ramadhan maka sesungguhnya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan

Jadi, apa yang ada pada bulan Ramadhan sehingga jika kita tahu, kita akan mahukan seluruh tahun jadi Ramadhan. Ada 10 perkara:-

1. Ada puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )

Beza puasa Ramadhan dan puasa pada bulan lain ialah, di bulan Ramadhan sambil puasa, dosa kita akan diampunkan.

2. Ada Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan

3. Berita gembira
i. mengenai dirantainya syaitan
ii. dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)

4. Ada amaran
i. hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)

ii. kecelakan orang yang tidak berpuasa dan tidak mendapat ampunan dari Allah

5. Penunaian zakat fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.

6. Solat Tarawikh
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya

7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.

8. al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.

9. Ada keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan. Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.

10. Idul Fitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.

Setelah kita tahu 10 perkara mengenai Ramadhan ini, marilah sama-sama kita bersedia menghadapi Ramadhan

Mudah-mudahan selamat kita di dunia dan selamat kita di akhirat...Amin....

terima kasih untuk bloger ini <sini>....

FaLLinG In LOv3....

haiiii................
muahhhh..muuaaahhh.... <tergedik sebentar>
nape ea gedik2 nie.... ntah lah...
wah tajuk?? mesti lepas nie ramai kawan Mr. akan tercall tanya dengan sape??
hahahha....banyak lah ko...dush..dushh..dushhh.. tumbukan yg bertubi2 di gegendang telinga...hahhaha
happy sangat ari nie sebab keja dh berjaya disiapkan... i want nobody2 but u...ahahha
jom layan lagu Siti gan Astrid dan Alif Satar.... sedap nye layan lagu sambil diperhati oleh bosss.....
apa?? bos!!! sorry bos xde keja dah lost idea nk wat 
 pe..heheh....
sedap kan... lebih2 lagi dapat minum teh o, gan makan roti bakar... alamak pose...heheh
maklum lh kan time pose nie r nafsu makan macam gajah...hahahha.... lagu ASTRID tu tajuk dy jadikan aq yang ke dua.... Aliff Satar lelaki seperti aku... siti falling in love.... layan je lah..hahah

NAk Overnite......

hai... bloogger yg Mr. cAYAng2... hahah...(gedik)...
hari ke-4 pose... biase kat kolej mesti Mr. akan terovernite tuk bersahur...
tp kali nie xley pulak... nape ea??
hahahah.... sebab malas... hahah...
abs je berbuka Mr. akan melaburkan badan yang xberapa nak tulang nie kat sofa... then tertidur....
pose pertama gan ke2 je Mr. rajin sikit sebab berjaya terovernite smpai kul 12tghmlm... hahahha
so hari Jumaat mlm sabtu nie gan sabtu mlm ahad nie Mr. akan terovernite hopefully smpai siap subuh..hehehe....

nak kemas2 umah time nie xley ag sebab umah tgh terrenovate.... ntah lah ayah nak tukar jubin, tingkap, syiling... xtau r plk lepas nie ayah nk renovate pe plk... heheheh

rase2 macam nk buat taman mini plk kat umah tu
bia cantik...heheheh

t Mr. post PIcture Umah yang terenovate tu...heheh
SaLaM RaMaDHan DaRi hAti yAng IkHlaS dAn SuCi MiStEr SeKeLUarGa...semoga segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan diterima ALLAH SWT..... INSYAALLAH

Tuesday, August 2, 2011

oUt my MinD...

By the Way salam RamaDhan tuk semua BloGger....

3rd pose catat sejarah...
sejarah apa?? hmmmm....

Mr. dan beberapa orang adik kena tolak kereta sebelom g keja...waaaaa....

abs dah ikan bakar yg Mr. makan sahur td.... mst petang nanti battery low... huhuk...

Mr. kesian tgk adik Mr tu macam Malaikat Maut datang jemput je tengok kelelahan beliau... (ayat gaban)...hahah

nasib baik adik Mr de trial PMR klau x... buka je baju kemaja tu sambung tidur..hahha....

apa lah nasib... huhuk....ok bye..bYe..Bye....