lepas nie budak2 yang takut hantu xpayah takut lagi kalau terserempak gan hantu2 nie....
heheh
Tip 1: Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya.Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik
kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa
pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Tip 2: Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia
tersipu-sipu malu.
Tip 3: Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Tip 4: Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya
senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main
meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab
banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Tip 5: Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Tip 6: Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi
badan.
Tip 7: Hantu Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat
duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... Lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.
Tip 8: Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni LEPAS BACE NIE DAH TAK
YAH TAKUT2 cam korang lerrr. Takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu
blogging macam sekarang nih. Sah-sah tengah ponteng nie. Macamana nak jawab?
Korang sendiri gak jadik hantu. Jadi bawak-bawaklah buat kerja... hehehehehe...
TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH
MENYERAMKAN DARIPADA HANTU
Gurau je okeh! :)
*sumber dari blog lain bukan hasil penulisan Mr. sendiri....harap maklum =D
No comments:
Post a Comment